Kamus Dewan edisi ke 4 Dewan Bahasa Dan Pustaka 2010, gengterrisme didefinisikan sebagai kegiatan gengster atau kumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah tertentu. Secara umum pula,gangsterisme boleh dirujukan sebagai aktivitivi yang bersifat jenayah atau sosial yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan individu. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja tindakan yang salah di sisi undang-undang demi mencapai kepuasan dan matlamat bagi diri mereka.
Kemunculan masalah gangsterisme di peringat sekolah akan menyebabkan pelajar mudah terbabit dalam kegiatan lain seperti peras ugut ,ketagihan rokok atau dadah, poteng kelas, vandalism ,pertubuhan kongsi gelap dan sebagainya. Antara punca yang menyebabkan berlaku kegiatan gangsterisme ialah pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya menpunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang individu. Mereka menganggap kawan adalah segala-galanya berbanding dengan ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka kepada anaknya. Ajakan rakan-rakan dan ditambah lagi dengan perasaan ingin mencuba mengguatkan lagi godaan untuk mencuba gejala ini.Jadi,tidak hairanlah remaja zaman ini kerap membentuk sekumpulan geng atau samseng yang mempunyai budaya dan peraturan masing masing.
Tambahan lagi, pengaruh media massa juga menjadi punca yang mendorong masalah gangsterisme ini semakin menular. Media massa yang bersifat negatif tumbuh seperti cendewan selepas hujan semakin sukar dikawal oleh pihak kerajaaan. Justeru,hal ini akan menjadi ikutan mereka kerana remaja akan meniru aksi,pertuturan dan tingkahlaku yang ditayangkan .Dengan erti kata lain ,pembentukan personaliti, sikap dan sifat seseorang remaja melalui saluran media massa telah menjadi kebiasaan bagi zaman remaja sekarang untuk mencontohi apa-apa yang dilakukan oleh pelakon dalam filem yang ditontoni.
Oleh kerana kegiatan gangsterisme telah menjejaskan keselamatan dan ketenteraman dalam kalangan masyarakat, maka pelbagai langkah yang proaktif perlu diambil dengan segera. Antaranya ialah setiap individu perlu berhati hati dalam memilih rakan sebaya untuk pengaulan seharian. Kini,remaja lebih suka menghabiskan masanya bersama rakan sebaya semata-mata untuk melayan perasaan seronok. Jadi mereka mudah terperangkap dalam kegiatan gangsterisme jika rakannya merupakan seorang gangster dan dia juga terikt-ikut untuk menyertai kumpulan gangster.
Selain itu, keprihatinan ibu bapa adalah sangat penting dalam membangunkan sahsiah diri remaja. Mereka perlu mengambil perhatian tindaklaku dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh anaknya dalam pengaulan seharian. Mereka ini memerlukan kasih sayang,perhatian dan didikan yang sempurna dalam menghadapi kehidupan yang mencabar ini.Ibu bapa juga perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak supaya segala persoalan mereka dapat di selesaikan dan dari situ ibu bapa boleh mengikuti perkembangan remaja mereka dan sifat yang banyak benda baru yang mereka hendak terokai berada dilandasan yang betul.
Gejala gengterisme terutama dalam kalangan pelajar perlu segera ditangani kerana remaja merupakan aset yang paling bernilai bagi sesebuah negara yang sedang membangun. Maka pelbagai langkah yang berkesan perlu dilaksanakan agar gejala gangsterisme yang membawa impak negatif kepada masyarakat dapat dihindari.
0 comments: