PEMBUANGAN BAYI

Kini, kes pembuangan bayi dilihat berlaku semakin menjadi-jadi termasuklah di Malaysia. Malah masalah ini dari hari ke hari semakin bertambah. Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut perkara ini dibuat agar masalah ini dapat dikurangkan.
     Biasanya, golongan remaja yang sering terlibat dalam kes pembuangan bayi di Malaysia disebabkan beberapa faktor iaitu kurangnya didikan agama. Agama merupakan panduan dan pedoman hidup remaja yang mampu menghalang daripada terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah selalunya akan menjalinkan hubungan melebihi batasan. Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan. Lebih teruk lagi, ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang mereka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka. Oleh itu, semua pihak perlulah bersikap menjaga tepi kain orang di sekeliling dan mengambil berat tentang isu ini supaya negara kita tidak dianggap sebagai masyarakat yang lemah dari segi agama.
     Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turutmenyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong padanya. Remaja perempuan akan berasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiridan juga keluarga, remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya ekoran bimbang dipandang jijik oleh masyarakat. Jalan mudah yang diambil mereka membuktikan bahawa mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang mereka alami.
      Pencegahan perlu dilaksanakan kerana ia merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Walaupun gejala ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung maka ia akan memberi kesan yang mendalam kepada seluruh masyarakat sekitarnya. Masalah pembuangan bayi boleh diklasifikasikan sebagai salah satu jenayah yang paling kritikal di Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah bekerjasama dalam mewujudkan kesedaran tentang kesan masalah ini.
      Di samping itu, mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing ini. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagimembantu kerajaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan pergaulan bebas di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri,keluarga dan masyarakat.
     Akhir sekali, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi menjalani
pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yangpaling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah. Hal ini penting bagi menjamin kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Sekiranya penjagaan rapi dibuat, gejala pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. Semua pihak digesa agar turut serta dalam memberi bimbingan dan bantuan kepada kaum lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.

0 comments: