Dadah merupakan bahan kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya secara berlebihan kerana ia mampu mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Pelbagai cerita yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan untuk dibicarakan terutamanya di dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah pasti yang terlintas di fikiran adalh jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk perlbagai tujuan.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah- masalah yang berkenaan dengan kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan dengan menyenaraikan dadah ini dalam AKta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahguanaan dadah seumpama ini.
Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh terdedah kepada kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imuniti. Kuman yang berjangkit dari jarum kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. Virus hepatitis pula yang boleh merebak melalui perkongsian jarum menyebabkan kerosakan hati. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV boleh merebak melalui perkongsian jarum, ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS.
Pencegahan dadah boleh diambil secara primer dengan melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Perkara ini perlukanlah dilakukan dan ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah.
Sekiranya seseorang itu telah terlibat, maka tindakan segera perlu diambil agar keadaan tidak menjadi lebih parah. Kita seboleh-bolehnya tidak mahu seseorang rakyat Malaysia dikira sebagai sampah masyarakat mati dalam keadaan yang memalukan. Oleh itu, peringkat pemulihan seperti yang diambil oleh kerajaan untuk membendung masalah ini perlu dipuji. Namun begitu, sekiranya seorang penangih itu telah sembuh, orang-orang sekitarnya perlulah menegah mereka daripada berjumpa semula dengan rakan-rakan lamanya yang pernah terlibat dengan perkara ini. Hal ini ditakuti kerana ianya mungkin boleh membawa kepada keinginan untuk menjadi penagih semula. Oleh iu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk membanteras masalah ini.
0 comments: