PEMERDAGANGAN MANUSIA

     Pemerdagangan manusia merupakan salah satu bentuk ancaman terhadap hak asasi dan keselamatan manusia. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam artikel 3, protokol PBB menyatakan bahawa pemerdagangan manusia bermakna perekrutan, pengangkutan, pemindahan, penampung atau penerimaan orang, dengan cara ancaman atau penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan lain, perculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa atau kedudukan atau memberi atau menerima bayaran atau pemanfaatan untuk mencapai persetjuaan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang lain, untuk tujuan eksplotasi.
      Kebanjiran mangsa pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran ke Malaysia telah menjadi isu ketiga terbesar selepas penyeludupan dadah dan senjata api yang perlu ditangani oleh semua pihak yang berkenaan khususnya kerajaan Malaysia. Keadaan ini semakin serius apabila Malaysia telah dilabel sebagai Negara transit dan Negara destinasi bagi kes pemerdagangan manusia di rantau Asia Tenggara. Kebanjiran mangsa kes pemerdagangan manusia ini telah memberi implikasi negatif terhadap kedaulatan Negara.Masalah ini semakin hari semakin serius kerana didorong oleh pelbagai punca.
      Kegiatan pemerdagangan manusia salah satunya berpunca daripada masalah kemskinan. Kemiskinan di negara asal membuatkan mangsa berusaha mengubah taraf hidup kepada lebih baik. Antara cara yang boleh diambil oleh mereka adalah dengan berhijrah ke negara yang lebih maju dan banyak mempunyai peluang pekerjaan. Untuk nerhijrah ke negara yang lebih maju, mereka perlu berurusan dengan pihak-pihak yang tertentu. Namun terdapat sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan seperti agensi perekrutan. Agensi ini membawa migran ke negara lain dan memaksa migran menjadi buruh paksa atau pelacur.
      Selain itu, keuntungan yang lumayan hasil aktiviti pemerdagangan orang mendorong kegiatan ini terus berleluasa. Sikap materialistik menjadi pihak sindiket hilang peri kemanusiaan. Mereka sanggup mengeksploitasi orang yang memerlukan pekerjaan dengan memberikan kerja-kerja seperti buruh kasar atau pelacur. Pulangan yang lumayan menjadikan mereka gelap mata dan seterusnya mengabaikan hak asasi dan martabat mangsa. Dengan mengeksploitasi mangsa, mereka akan memperoleh wang yang banyak manakala mangsa terus menderita kerana tidak dilayan dengan adil. Justeru, masalah ini wajar dipandang serius kerana dapat menimbulkan trauma kepada mangsa. 
      Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga membuatkan kegiatan ini  semakin berleluasa. Hukuman berat sepatutnya dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menjadi dalang kepada kegitan ini.  Selain itu, ketiadaan hukuman yang berat membuatkan dalang sindiket berani untuk menjalankan  kegiatan jenayah pemerdagangan orang. Jelaslah di sini bahawa penguatkuasaan yang lemah menjadi punca jenayah ini semakin berleluasa.
     Antara kesannya terhadap negara ialah imej negara di mata dunia akan tercemar. Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu pemerdagangan manusia menyebabkan negara dianggap sebagai sarang jenayah seterusnya menyebabkan negara asing menganggap Malaysia sebagai negara yang lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.
      Keselamatan dan keamanan negara juga terut terancam disebabkan jenayah yang semakin berleluasa. Wanita dan kanak-kanak yang deperdagangkan turut diperalatkan untuk tujuan tertentu termasuk pelacuran , pusat hiburan dan rumah urut. Hal ini menyebabkan gejala sosial turut bertambah.
       Setiap permasalahan pasti mempunyai penyelesaiannya. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang negara dengan menggunakan Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000 dan Akta Antipermerdagangan Orang 2007. Kerajaan juga boleh memperketatkan kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan dengan lebih teliti. Dengan cara ini peluang penyeludupan manusia dapat ditutup. 
      Tuntasnya, kegiatan pemerdagangan orang semakin berlelusa. Oleh itu, semua pihak harus seia sekata dan berganding bahu untuk mengatasi masalah ini dan jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini perlu dirancang dengan teliti.

0 comments: