KONSEP KESANTUNAN


     Dunia hari ini dilihat semakin canggih dengan pelbagai alatan teknologi terkini namun isu-isu yang kurang enak didengar tentang kesantunan dalam masyarakat Malaysia pula semakin berleluasa.Sifat positif dalam diri masyarakat Malaysia saban hari semakin luntur, gaya berbahasa yang baik semakin luntur, keprihatinan yang semakin rapuh kerana kesantunan dalam diri masing-masing. Bahkan, masyarakat kini sudah mula berani melakukan kesalahan di kalayak ramai tanpa perasaan segan dan silu. Mengapakah hal ini berlaku? Justeru, marilah kita sama-sama muhasah diri kembali agar perkara sebegini dapat dikawal dengan segera.
     Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 ) menyatakan bahawa santun membawa maksud halus sesuatu budi bahasa atau budi pekerti, beradab serta bersopan. Kesantunan pula merujuk kepada kehalusan sesuatu budi bahasa dan budi pekerti. Berbahasa pula membawa maksud memakai atau menggunakan bahasa. Maka, kesantunan bahasa dapat dirumuskansebagai kehalusan budi bahasa dalam memakai atau penggunaan sesuatu bahasa.
     Pendefinisian oleh Asmah Hj. Omar (2000) pula, beliau mengaitkan kesantunan bahasa dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran,kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar.
      Menurut pendapat Hamka, kesantunan bermaksud kecantikan abadi yang terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Kata-kata yang lembut dan beradab dapat melembutkan hati manusia yang keras.bertambah kuat kepercayaan kepada agama,bertambah tinggidarjatnya di dalampergaulan hidup dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya.
     Kesimpulannya, kesantunan merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain dengan cara menunjukkan baik. Hal ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun pasti mempunyai asas-asas kesantunan yang perlu dididik sejak awal lagi kepada anak-anak.

0 comments: