ISU KONFLIK DALAM ORGANISASI KERJA DI DAPUR

       
Menurut Mohd. Fauzi Yaacob (2009), makan membawa makna bagi mengkonsepsikan status, kuasa, taraf kesihatan, corak hubungan, keselamatan, kehormatan, pergantungan serta identiti. Oleh itu, penyediaan makanan tersebut amatnya penting. Keperluan makanan ahli keluarga yang tinggal  bersama terletak bawah tanggungjawab ketua keluarga wanita yang memiliki dapur. Ahli keluarga wanita lain akan menolong wanita tersebut.  Hubungan timbal balik antara keluarga-keluarga asas yang tinggal bersama terwujud dan pandangan yang berbeza dalam melaksanakan tugasan masing-masing mungkin permulaan pertentangan antara satu sama ahli keluarga yang lain.

Isu ini berlaku kerana semakin ramai pasangan lelaki dan wanita yang baru berkahwin tidak dapat menanggungkan kos sewa rumah, lebih-lebih lagi untuk memiliki sebuah rumah sendiri. Pasangan sebegini juga menghadapi kekurangan wang kerana kurang stabil dalam pekerjaan mereka dan berkemungkinan perlu menjaga kedua-dua orang tua menantu kerana ibu bapa sudah uzur dan tidak ada adik-beradik lain yang dapat menjaga mereka. Oleh itu, mereka akan menetap dan semua wanita akan dikehendaki memberi sumbangan di dapur, terutamanya menantu perempuan. Kerja menantu rumit dan mereka bukan sahaja tidak mendapatkan bantuan daripada saudara-saudari ipar lain, malahan diarah untuk membuat lebih banyak kerja rumah. Hal ini menyebabkan menantu dilema dan tertekan. Tambahan pula, terdapat ibu mertua yang sentiasa mencari keburukan menantu. Keadaan sebegini antara dua pihak mudah mencetuskan konflik.

Isu konflik ini mudah berlaku di sesebuah keluarga yang ibu bapa mertua tinggal bersama dengan anak lelaki mereka dan menantu perempuan. Ibu bapa berasa mereka penumpang kepada keluarga anak mereka kerana menantu yang mengendalikan kerja-kerja di dapur. Selalunya ibu mertua akan bertindak sebagai pembantu mereka, Namun, ibu mertua dalam organisasi kerja-kerja di dapur akan bertanggapan berbeza dengan menantu perempuan. Mereka akan menyuarakan pendapat mereka dan mengarah menantu perempuan mereka untuk melakukan apa-apa yang diminati oleh mereka. Lama-kelamaan, menantu tersebut akan berasa dirinya diperhambakan. Akhirnya, menantu perempuan ini akan berasa tidak puas hati kerana berasa keputusan yang dibuat tidak adil kepada pihaknya dan konflik berlaku.

Isu tersebut akan menyebabkan ketegangan hubungan antara ibu mertua dan menantu perempuan. Menantu selalunya dianggap orang luar oleh mertua. Adanya ibu mertua yang sangat cemburu kepada menantu perempuan dan mereka berpendapat bahawa keluarga menantu perempuan telah beruntung kerana menganggapkan menantu mereka akan mengirim wang balik ke keluarga besan dan bukan diggunakan dalam perbelanjaan makanan. Hal ini akan menimbulkan konflik antara dua pihak tersebut. Adanya yang berkonflik secara serius hingga terjalin dengan kes-kes jenayah sosial seperti mendera menantu perempuan atau pembunuhan ibu mertua. Hal ini secara tidak langsung menyumbangkan kepada peningkatan bilangan kes jenayah sosial dalam masyarakat. Corak hubungan sosial yang mengikut kedudukan dan kepentingan seseorang dalam organisasi kerja di dapur juga kesan daripada isu ini. Fauzi Yaacob (2009), dapur ialah lingkungan di mana wanita mendapat kuasa, tetapi dalam keluarga yang besar, tidak semua isteri yang berkuasa. Keputusan tentang keperluan makanan dan makan keluarga diletak pada tangan wanita yang menguasai dapur tanpa mengikut heiraki keluarga. Hubungan kuasa sosial ini dapat mempertahankan hak generasi, jantina, susunan kelahiran dan hubungan darah dalam masyarakat tradisi yang wujud di negara kita dan secara tidak langsung memberi kesan kepada adat resam serta budaya yang ada di negara kita.
Perhubungan yang baik perlu dijalinkan dari awal antara ibu mertua dan menantu perempuan agar isu konflik ini dapat dielakkan. Dengan adanya hubungan yang mesra dengan satu sama lain, malah interaksi dan persefahaman antara kedua-dua pihak ini lebih mudah dicapai dan komunikasi yang bermuafakat ini boleh lebih lagi melancarkan organisasi kerja di dapur. Nilai toleransi harus dipupuk dalam kalangan masyarakat melalui pendidikan formal ataupun tidak formal supaya kita dapat menerima pandangan dan cadangan orang lain. Ibu bapa harus menunjukkan teladan baik kepada anak dan sentiasa bertolak ansur dengan ahli keluarga lain kerana didikan anak-anak dari awal adalah paling penting. Sukatan mata pelajaran yang ada di sekolah seperti untuk mata pelajaran Pendidikan Moral atau Pendidikan Sivik dan Kemasyarakatan boleh mengaitkan lagi nilai-nilai yang perlu disemai dalam seseorang individu untuk mengelakkan konflik dan perselisihan faham.

            Masyarakat Malaysia merupakan masyarakat yang mementingkan budaya dan adat yang terdapat dalam bangsa dan kaum kita. Sifat-sifat ketimuran menyebabkan kita amat mementingkan kepada hak generasi serta jantina, susunan kelahiran, susunan kedudukan dalam sesebuah keluarga ataupun masyarakat dan hubungan darah apabila kita bergaul dengan ahli keluarga dalam kehidupan seharian. Sifat-sifat tersebut boleh dijadikan pujian kerana menunjukkan tanda penghormatan kepada seseorang. Namun, kalau semua aspek ini telah diambil beratkan secara terlampau ataupun kurang dipentingkan,  maka konflik akan banyak berlaku. Semua individu, tidak kira bangsa atau kedudukan mereka, seharusnya bertolak ansur agar hubungan yang baik dan teguh boleh diteruskan antara satu sama lain.

0 comments: